..Thanks For Dropin' By, Enjoy Reading..^_^..

Kaco Je Kak Dija Nih..

1)anda perlu "printscreen" wallpaper anda yang sedang guna sekarang, jangan dusta, kerana kurang digemari.
2)beri tahu mengapa anda suke "wallpaper" anda itu.

3)tag 10 orang.

4)itu sahaja.



Ini merupakan gambar si adik comel ketika di Genting.
Saya suka Adik yang Comel..Itu sebabnya saya meletakkan gambar ini sebagai wallpaper. Sekian.




My Plan..


Tomorrow's Schedule

1) Wake up
2) Survive
3) Go back to sleep








Aku Dan Duniaku.

Aku duduk sendirian di tepi longkang berdekatan dengan dewan kuliah. Hatinya bengkak. Dia sudah tidak sanggup duduk di dalam dewan kuliah itu lagi. Telinganya tidak tahan mendengar perdebatan hebat antara Dan dan Duniaku tentang permasalahan Kimia Tak Organik itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia melempang kedua-dua sahabatnya itu, walaupun dia sedar Duniaku hanyalah seorang wanita. Dia tidak faham mengapa hanya kerana satu soalan yang mudah sahaja, perdebatan mereka manjadi panjang berjela-jela. Oleh kerana tidak tahan dengan perkara itu, Aku akhirnya keluar dengan muka yang masam mencuka.

Langit petang itu kelihatan gelap dan berat. Sesekali kedengaran guruh yang berdentum disertai dengan kilat yang sabung menyabung. Suasana persekitaran seolah-olah menyokong perasaannya ketika ini. Dari kejauhan kelihatan beberapa pelajar yang terkocoh-kocoh mempercepatkan langkah kerana bimbang hujan akan turun. Tidak kurang juga mereka yang hanya berlenggang dengan sekaki payung yang masih belum dibuka.

Aku cuba mengingat kembali apa yang dibincangkan rakan-rakannya semasa di dalam dewan kuliah tadi. Sebutir-sebutir perkataan yang keluar dari mulut mereka cuba diingat kembali dan dia cuba membetulkan fakta-fakta mereka yang padanya terpesong daripada apa yang dipelajarinya. Mana mungkin susunan orbital boleh dimulakan dengan orbital dengan tenaga yang tinggi terlebih dahulu. Bukankah Pak Cik Aufbau sudah memberitahu bahawa setiap elektron mestilah diisi ke dalam orbital yang paling rendah tenaganya terlebih dahulu iaitu 1s dan kemudiannya diikuti oleh orbital 2s, 2p, 3s, 3p dan seterusnya? Jadi apa yang dikatakan oleh Dan sebentar tadi adalah salah.

Memang benar Duniaku juga mengatakan bahawa apa yang dikatakan oleh Dan itu adalah salah tetapi dia juga memberikan fakta yang jelas tidak benar. Setelah membetulkan pernyataan yang dibuat Dan, Duniaku secara terang-terangan memesongkan fakta tentang syarat kedua penyusunan konfigurasi elektron. Bukan Aku tidak menegur, tetapi Duniaku bukanlah jenis yang suka ditegur. Asal ditegur sahaja mulalah melenting. Sakit jiwa Aku dibuatnya. Adakah patut Duniaku memberikan contoh penyusunan elektron dengan mengisi orbital 2px dengan dua elektron terlebih dahulu sebelum mengisi orbital 2py dengan dua lagi elektron? Tidakkah dia mengetahui bahawa menurut Encik Hund, setiap orbital mestilah diisi dengan satu elektron terlebih dahulu sebelum elektron dengan putaran yang berbeza diisi. Hal ini supaya setiap orbital mengandungi bilangan putaran yang maksimum.

Belumpun sempat berbincang tentang syarat yang ketiga, Dan dan Duniaku mula berbalah. Aku hanya diam sahaja kerana tidak mahu masuk campur. Hati Aku mengatakan bahawa adalah lebih baik jikalau mereka berbalah ketika syarat kedua. Kalau masuk ke syarat yang ketiga tentu sahaja lebih banyak kepesongan nyata yang mereka bebelkan. Kerana perbalahan yang tidak berpenghujung itulah Aku keluar dari dewan kuliah; membiarkan ajing dan kucing itu bergaduh untuk sementara waktu.

Syarat yang ketiga? Aku memerah otaknya untuk seketika. Seingatnya dia sudah membaca tentang syarat yang ketiga itu. Namun puas dia mencari ruang-ruang terisi di dalam kotak fikirannya, namun tetap tidak ketemu. Tiba-tiba dia teringatkan Profesor Pauli. Ya, Aku mula bercadang untuk bertemu dengan Profeor Pauli keesokannya. Dia mula meraba-raba poket seluarnya. Sebuah telefon bimbit jenama Norkiah dikeluarkan dan dengan pantas dia mencari nombor telefon Profesor Pauli. Setelah ketemu, pad kekunci ditekan dan telefonnya ditekapkan ke telinga, "Hello, Profesor Pauli.."

-Tamat-

p/s: Ceritera di kala bosan mengulangkaji

Tagg Miss Tiramisu..

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Degrees Of Thinking-
Sebenarnye aku tercari-cari name yang sesuai. Teringat lak name lagu band kegemaran aku, Dream Theater, Six Degrees Of Inner Turbulence..Perkataan Degrees tu dari situ ah..Degrees Of Thinking..tahap pemikiran..mungkin..
2. Apakah link blog anda sekarang dan dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://chemiaguy.blogspot.com..hmm..aku amik kos kimia tulen. Takkan nak letak chemistryguy? Panjang dan menjengkelkan..huhu..so pendekkan je jadik chemiaguy..(chemi a guy..kimia guy..)


3. Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Ape2 je yang aku terpk nak tulis..

4.Pernah terasa nak hapuskan blog anda? sebabnya?
Belum..

5.Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang anda tag ini?


Kaklong- bz kot..tak sempat nak update..
Dija- pandai copy paste..ahaha..


6.Senaraikan 5 orang yang akan anda tag:


kaklong n dija..tu je la..malas ah nak tagg org..

Sopi tagg aku..lagi..

1.Bekas kekasih saya adalah :

Ade ke?


2.Saya sedang mendengar:

Org discuss sketsa Speech Comm


3.Mungkin saya patut :

Berenti buat nih jap, nak discuss speech comm..japgy sambung..

4.Saya suka :

Dream Theater

5.Sahabat-sahabat baik saya :

Suke gelak2..

6.Saya tak paham :

Teknik Matematik.Sape nak ajar??

7.Saya kehilangan :

Gambar2 lame..lappy format..

8.Ramai yang berkata :

Kafe FST mahal..erk!

9.Makna nama saya :

FARHAN : 'kegembiraan'..aku sungguh girang gembira..

10.Cinta itu adalah:

LOVE..

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :

Tido kerana kuliah dah abis..

12.Saya akan cuba :

Study sebanyak mungkin walopun malas..

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :

Kekal..same cam name tempat lahir aku..SELAMA, Perak..

14.Telefon bimbit saya :

Nokia yang tak changgeyh..

15.Bila saya terjaga dari tidur :

Saya solat SUBUH..

16.Saya paling meluat apabila :

Orang buat sy tunggu..

17.Pesta/Parti adalah :

Dunia semata-mata...

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

Anak kucing Blok A Matrik Kedah..

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

Bawah 20..

20.Hari ini :

Present Sketsa Speech Comm..

21.Malam ini saya akan :

Tido..

22.Esok pula saya akan :

Ke kuliah..

23.Saya betul2 inginkan :

Motosikal..

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

Saya memakai sunglasses untuk speech comm..

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :

Tiada yang menarik...

26.Makanan Barat atau Jepun :

Atau..

27.Bilik yang terang atau gelap :

Atau..

28.Makanan segera adalah :

Mee Sedap..

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

ooo..Is..

30.Siapa yang anda nak Tag?

Kaklong saye..Nurul Aisyah..
Enchik Shafarin..dipersilakan..
Cheq Dila..
Tiramisu..Nurul..

Aku Jatuh Cinta Padanya..

Aku sudah lupa bila masanya aku mula menatap wajahnya. Mungkin awal semester ini, atau mungkin sebelum aku masuk ke universiti, mungkin juga ketika bersekolah ataupun mungkin sejak azali. Pertama kali aku melihatnya aku telah jatuh cinta. Mungkin ini yang orang katakan cinta pandang pertama.

Walaupun hatiku telah cair melihat dirinya, namun aku tak berani menghampiri dan bertanya. Kerana aku merasakan yang aku tidak mampu memilikinya. Bayangkanlah dirinya yang sempurna. Pinggang yang ramping bagai kerengga, suaranya yang merdu bagai buluh perindu, tentu sahaja ramai lelaki yang inginkan dirinya. Aku? Hah, siapalah aku ini di matanya. Aku cuma insan biasa yang mungkin tidak layak mendapat dirinya.

Kucoretkan semua ini kerna rinduku padanya kian menebal. Aku tidak dapat menangkis lagi rinduku padanya. Tidur malamku termimpi-mimpikannya. Mungkin rakan-rakanku akan bertanya, mengapa aku tidak pernah memberitahu mereka tentang perkara ini. Apa gunanya? Sudah tentu aku akan ditertawakan semahunya.

Namun, mulai saat ini, aku akan mengubah pendirianku. Aku tidak mahu lagi berdiam diri dengannya. Aku akan menghampirinya! Cuba mendapatkannya! Cuma masa yang menentukan. Tunggulah gitar idamanku, suatu hari nanti, kau akan menjadi milikku!!

Hidup Memang Begitu..


Ade banyak jenis masalah dalam idop. Tak kire la masalah yang kecik ke masalah yang besar. Masalah kecik? Hmm..assignment yang belambak ke..takleh tido malam ke..camtu..
Masalah besar? Susah nak describe. Nanti kalo aku letak contoh ade orang akan tanye, aku ade masalah besar ke? Tak..sebenarnye aku ade masalah kecik je....Ape? Bosan, penat dan sebagainye yang lain.

Kenapa hidup penuh dengan masalah? Aku tak kisah kalo masalah yang tak dapat dikawal manusia. Cuma aku amat tidak suka masalah yang ditimbulkan manusia. Manusia ade otak, tapi banyak yang suke timbulkan masalah tak sepatutnye yang disengajakan. Mungkir janji, pecah amanah..banyak lagi..

Aku tak la baik, banyak buat salah, banyak timbulkan masalah.. Sebab tu aku tanye, kenapa manusia yang ade akal suke timbulkan masalah yang menyusahkan orang?

Sesetengah kawan aku cakap, aku ni nampak macam tak pernah marah. Ade yang lain cakap aku ni nampak garang. Itu tak penting, sebab kalo aku marah, aku selalu diam je..malas nak cakap banyak. Dan kalo aku ade masalah, aku cari care nak cheer up. Contoh? Jumpe kawan2 n buat joke..aku suke gelak, especially dengan kawan2 aku yang rapat..cume kadang2 bile aku dah bosan aku akan diam. (dengar lagu..mungkin..)


Bile fikir dalam2, masalah tu ujian. Ujian itu masalah. Kuiz itu masalah.(erk!) Setiap orang tentu je ade masalah. Cume berbeza-beza. Penyelesaian juga berbeza-beza. Ade yang menentang, ade yang menangis. Ade juge orang yang tertekan dengan masalah.

Pada aku? Macam aku cakap td. Masalah tu ujian. Semakin hari semakin banyak masalah. Biase la hidup, sunyi kalau takde masalah. Hadap je ape2 masalah. Nak lari? Ke mane? Skip satu masalah, bertambah-tambah la masalah kat depan. Yang penting jangan stress. At least cube jangan stress. Kate orang, setiap masalah ade penyelesaiannye..

~pesanan untuk diri~

Hantu dan Aku..

Tibe2 lak aku nak cakap pasal mende yang menjadi kepantangan sesetengah orang neh. Haha. Teringat kecik2 dulu aku memang takut la dengan hantu. Sampai la sekolah menengah banyak je cerite hantu yang aku dengar. Sekolah aku (SDAR) memang banyak cerite hantu. Ade je la cerite hantu tak kire la yang baru ke yang lame. Tapi aku tak pk lak yang orang yang cerite hantu tu pernah nampak hantu. Termasuk la aku. Haha. Sebabnye cerita hantu ni kalo kat sekolah saje je nak takut-takutkan junior. Mungkin gak care senior2 nak approach junior.

Aku tak nafikan la bende ni ade. Cume aku tak pernah nampak. Kat SDAR tuh 5 tahun tak pernah pun aku nampak. Mungkin orang yang boleh nampak hanye orang yang ade 6th sense walopun aku yakin yang band '6ixth Sense' tak nampak. Haha. Mungkin jugak orang yang boleh nampak bende ni adelah orang yang terlalu obses or 'lemah' sikit. Mungkin.

Lemah sikit? Kenapa? Aku ingat kecik2 dulu. Mase tu aku tido lewat. So yang tak tido mase tu aku ngan mak aku je. Oleh kerana kebosanan, aku gi la kat dapur sambil tengok mak aku basuh baju. Kalo tak silap aku mak aku tengah panaskan lauk gak. Bile aku gi je kat dapur gas tu nak tengok lauk tuh, aku terpandang la luar tingkap. Sekali kilas aku nampak bende putih melompat-lompat seakan-akan 'pocong'. Tapi bile aku pandang lagi sekali, tup-tup dah ilang. Memang aku cuak giler ah time tuh. Aku pun bagitau la mak aku. Aku cakap, "Mak, tadi abang nampak ade bende putih lompat-lompat". Pastu dengan selambernyer mak aku cakap, "Ala, orang penakut je nampak bende-bende macam tuh". Erk! Memang terkene aku malam tu. Haha. Aku tak tau nak percaye ke tak bende yang aku nampak tuh tapi untuk menyedapkan aty, aku berkata kepada diri; "Ala..takde pape..penakut je nampak bende camtu..". Haha..

Lagi satu mase kat umah tok aku. Aku ngan adik2 aku tido kat ruang tamu tingkat bawah. Pintu masuk kat sebelah je. Nak dijadikan cerite, mase semua lampu dah tutup pastu semua orang dah tido, aku ngan adik aku dengar 'bende' mencakar-cakar pintu yang sebelah aku je. Bukan setakat cakar, diketuk-ketuk gak. Memang aku diam je la kan. Lame gak bende tu mancakar dan mengetuk. Aku tanye adik aku dengar ke tak? Die pun dengar. So kitorang senyap je..shhhh..
Esoknye aku ngan adik aku bagitau ayah aku. Ayah aku pun dengan selambenye menjawab, "Buat ape nak takut, bukak pintu tumbuk je bende tuh". Haha. Gile. Asik terkene je aku kalo bab2 nih.

Memang ramai orang yang takut kalo bab2 nih. Tapi dari ape yang aku bace, kalo tak nak bende camni kaco, minda bawah sedar kene kuat. Kalo asik fikir yang kite takut je bende camni, senang je 'die' kacau. Contohnye sihir. Katekan seseorang tu buat salah dengan seorang dukun yang gune ilmu hitam. Pastu die asik takut kalo2 dukun tu sihirkan die. Jadi kalo betul dukun tu sihirkan die, senang je la die kene sebab 'minda' die dah set yang die akan kene. Kalau keterlaluan, tak mustahil die akan rase telah disihir walaupun hanye pening kepala dan hanya perlu makan dua bijik panadol. Haha.

Well, tu je la kot yang aku nak cakap pasal hantu. ^-^

Dulu-dulu la kan..

Aku teringat mase kecik2 dulu. Kalo nak balik umah tok aku kat Felda Ijok, Perak selalu je gune jalan bukit. Dulu balik kampung naik moto kapcai ayah aku je. So kalo cuti sekolah je aku ngan akak aku selalu la suruh ayah kitorang anta kitorang balik umah tok. Sebenarnye aku pun tak tau ape yang best ngan umah tok aku. Nanti aku citer lain.

Nak dijadikan cerita, jalan bukit ni bukannye elok sangat. Senang cakap memang teruk ah. Biase la jalan ladang kelapa sawit, tanah merah je. Dengan lopak2 yang berlambak. Aku ngan akak aku selalu je bergaduh kalo naik moto balik umah tok aku. Sebabnye kalo naik moto ikut jalan bukit je bile langgar lopak sure kepale kitorang terhantuk-hantuk. Akak aku yang 'senior' sure je la nak salahkan aku mase tu. Nasib baik je ayah aku backup aku.(haha..)

Kat umah tok aku lak dulu lain. Umah kampung je. Aku pun dah lupe rumah asalnye. Sekarang dah banyak yang berubah. Asal sampai je umah tok aku memang ade yang sedia menanti. Die ni sepupu kitorang, namenye Suriati tapi kitorang panggil Kak Aty je sebab die tue satahun dari akak aku. So kalo gi umah tok tu je la kawan kitorang, kecuali kalo ade sedare-mare lain yang balik umah tok waktu tuh.

Peristiwa yang paling aku ingat mase gi umah tok tentulah ikot die gi jual kueh pagi2. Bukannye jual dari umah ke umah pon. Cume jalan kaki gi kedai Pak Man yang jaraknye lebih kurang 300 meter dari umah tok aku. Yang bestnye sebab aku, akak aku ngan Kak Aty jalan kul 5.30 pagi. Paham2 je la, dulu kalo pukul 5.30 mmg sejuk dan gelap banget.(haha..) Sebab dulu kecik2 mmg susah nak bangun pagi, aku pernah bagitau tok aku yang kalo aku tak bangun bile die kejut, aku suruh die bubuh je ais dalam baju aku supaye aku bangun.(haha..)

Memang best time tu, tengah jalan2 tuh ade je la yang kitorang buat. Yang aku ingat kitorang leh kire bintang. Siap bergaduh lagi sape yang kire betul.(haha..) Akak aku ngan Kak Aty lak satu 'team'. Ape2 je sure diorang berdue. Kalo bergaduh aku memang sorang2 ah.

Tapi tu dulu. Sekarang kitorang dah besar. Tok aku pun dah tak jual kuih lagi dah. Dah tak larat katenye. Takde dah la nak main2 cam kecik2 dulu. Dulu kalo balik umah tok aku rase best sangat. Tapi sekarang macam hambar sebab semue dah besar. Yang kecik2 semue 'generasi-generasi' yang baru so aku tak la rapat sangat.

Yang penting aku rindu ngan tok aku. Kesian die semue anak2 die dah keje, kawin dan ade anak. Tinggal la Mak Ndak aku yang duk ngan die kat Felda tuh. Aku ingat sekali mase Raya Haji, bile kitorang nak balik je tok aku nangis. Sure die terase sunyi sangat. Ape2 pun balik cuti kang aku ingat nak balik umah tok aku. Sekarang jalan dah ok. Tak macam dulu lagi. Dunie dah berubah..

Seminar TITAS yang besh..

Hari ni merupakan hari di mana seluruh kuliah Titas di UKM dikumpulkan di Dectar untuk diadakan seminar tentang Al-Quran. Seminar yang sepatutnya dimulakan pada jam 5 petang ini terpaksa dimulakan pada jam 5.30 petang kerana hadirin yang lambat hadir..(hmm...)

Walaupun mula lewat, seminar ni seriously best coz mahasiswa n mahasiswi telah diberikan maklumat ttg Al-Quran dan Sains. Walaupun aku dah pernah dengar ttg bende ni sebelum nih ade gak bende2 baru yang aku dengar mase seminar ni. Serius best dan aku dapat tahu yang masih banyak lagi pengetahuan dan keajaiban Al-Quran yang aku sendiri pun tak pernah tahu.

Tapi disebabkan mase yang tak mencukupi, so seminar ni ditamatkan awal walaupun masih banyak lagi yang Prof td nak gtau..(lupe lak name die..) Tapi kalu die nak buat seminar lagi sekali aku sanggup pergi sebab bukan senang nak tau sendiri ttg keajaiban wahyu Tuhan nih..

Related Posts with Thumbnails